Menu
Senarai_pilihan_raya_kecil_selepas_Pilihan_raya_umum_Malaysia_ke-14 Pilihan raya kecil DUN Chini 2020Pilihan Raya Kecil Chini di negeri Pahang merupakan pilihan raya kecil yang kesebelas selepas PRU-14. Tambahan pula, PRK ADUN Chini ini juga adalah pilihan raya kecil pertama sejak pertukaran kerajaan Perikatan Nasional (PN) daripada Pakatan Harapan (PH) pada 1 Mac lalu selepas Krisis Politik Malaysia yang berlaku pada akhir Februari 2020 lalu. PRK ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60 tahun, (UMNO), akibat serangan jantung pada 6 Mei 2020 lalu. Pada 6 Jun 2020, Pakatan Harapan (PH) memutuskan bahawa PKR tidak meletakkan calon bagi kawasan DUN Chini kerana kebimbangan terhadap aspek keselamatan pengundi berikutan penularan wabak COVID-19. Menurut SPR, hari penamaan calon diadakan pada 20 Jun manakala hari pengundian awal pada 30 Jun dan kemudian, hari pengundian pada 4 Julai 2020. Pada malam keputusan, calon BN, Mohd Sharim Mohd Zain berjaya mencapai kemenangan beliau di kawasan DUN Chini dengan majoriti sebanyak 12,650.
Berikut merupakan keputusan rasmi:
Parti | Nama Calon | Undi | Keputusan |
---|---|---|---|
BN-UMNO | Mohd Sharim Mohd Zain | 13,872 | Menang |
BEBAS | Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin | 1,222 | Kalah |
BEBAS | Mohd Shukri Mohd Ramli | 137 | Kalah |
Menu
Senarai_pilihan_raya_kecil_selepas_Pilihan_raya_umum_Malaysia_ke-14 Pilihan raya kecil DUN Chini 2020Berkaitan
Senarai negara berdaulat Senarai kabupaten dan kota di Indonesia Senarai peribahasa (A–M) Senarai watak BoBoiBoy Senarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggi Senarai saluran Astro Senarai haiwan Senarai penyanyi Malaysia Senarai stesen televisyen di Malaysia Senarai pokokRujukan
WikiPedia: Senarai_pilihan_raya_kecil_selepas_Pilihan_raya_umum_Malaysia_ke-14 http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1716176 http://www.spr.gov.my/sites/default/files/Keputusa... https://www.nst.com.my/news/politics/2019/03/46538...